Carian
Kunci Melawan Obesiti Mungkin Pil Yang Bergetar Di Dalam Perut
December 29, 2023 Effi Saharudin

Saya gemuk dan saya tahu bahawa ini bukanlah jalan lapis mulia yang akan mengarah kepada hidup yang sihat serta umur yang makmur. Hakikatnya menurut kajian World Obesity Atlas 2023, sebanyak 41% rakyat Malaysia akan tergolong dalam kategori obes menjelang 2035. Bagaimanakah cara menentang obesiti yang turut menyebabkan penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser? Jawapannya mungkin pil bergetar yang dibangunkan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Penyelidik MIT menyedari perut manusia akan mengembang apabila diisi dengan makanan. Pergerakan pada otot ini merangsang mekanoreseptor yang kemudiannya menghantar isyarat kepada otak untuk merembeskan hormon yang mengatakan perut sudahpun penuh. Ini memberikan idea untuk merangsang mekanoreseptor bagi memberikan isyarat yang sama walaupun perut masih belum penuh.

Pil Vibrating Ingestible BioElectronic Stimulator (VIBES) dibangunkan dengan ia hanya bergetar apabila memasuki perut. Dalam kajian ke atas khinzir dalam makmal, jumlah makanan yang diambil berkurangan 40% sekiranya ia diberikan VIBES sebelum mula makan. Kadar kenaikan berat badan khinzir juga lebih perlahan berbanding biasa.

VIBES akan bergetar sehingga 30 minit sebelum keluar daripada tumbuh menerusi dubur selepas 3-4 hari. Penyelidik menyedari pil VIBES dalam iterasi semasa ini masih terlalu mahal untuk dimakan setiap hari oleh itu sudah memikirkan versi yang boleh dimatikan menggunakan aplikasi dan boleh bertahan lebih lama di dalam perut.

Komen