Carian
LG / TV
LG Jamin TV Pintar WebOS Akan Menerima Kemaskini Selama Lima Tahun
December 29, 2023 Effi Saharudin

TV pintar seperti telefon pintar perlu dikemaskini bagi memastikan ia tidak mempunyai kerentanan sekuriti serta sentiasa menerima ciri terkini. Bermula tahun depan, LG menjanjikan TV pintar WebOS keluaran mereka akan diberikan sokongan kemas kini selama lima tahun.

Program Re:New LG is akan diberikan kepada model seperti LG QNED Mini LED 8K dari tahun 2022 (siri QNED99 dan siri QNED95) sebelum dikembangkan ke model-model TV QNED yang lain di peringkat global secara berperingkat. Model TV QNED 2024 juga secara automatik akan menerima sokongan jangka panjang yang sama.

Komen