Cari @ Amanz

Vivo dalam diam telah mengumumkan V30 Lite di Mexico. Tubuh sepenuhnya rata dan berkotak digunakan bersama panel belakang yang memuatkan tri-kamera utama. Turut disertakan ialah ciri aura light yang sedia ditawarkan sejak peranti V27 sebelum ini.

Untuk spesifikasi khusus peranti dilengkapi skrin AMOLED 6.78″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabung pula cip Snapdragon 695, memori 12GB RAM dan storan 256GB untuk tunjang utama. Bateri pula sebesar 4,800mAh yang menyokong pengecasan 44W, sementara itu kameranya terdiri dengan 64MP + 8MP + 2MP dan swafoto sebesar 50MP.

Lain-lain spesifikasi termasuk bluetooth 5.1, NFC, kalis air IP54 dan menjalankan FunTouch 13 (berasaskan Android 13). Vivo V30 Lite dijual pada MXN 8999 (~RM2,431) dengan pilihan warna Forest Black dan Rose Gold.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd