Cari @ Amanz

Nikon, Sony dan Canon kini dilaporkan sedang membangunkan teknologi khas yang akan menyertakan petanda pada gambar yang dirakamkan menggunakan kamera mereka – sekaligus memastikan ia dilabelkan sebagai gambar rakaman asli dan bukannya berasaskan penjana gambar generatif.

Melalui petanda yang akan disertakan, ia dijangka turut menyertakan informasi seperti tarikh, tempat, dan perakam pada data gambar berkenaan.

Dengan Nikon, Sony dan Canon mengawal sebahagian besar pasaran kamera di dunia, ia dijangka akan membantu dalam mengenal pasti gambar asli dan yang mana merupakan gambar generatif.

Sony dan Canon dijangka akan memperkenalkan kamera dengan integrasi ini seawal 2024 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd