RedMagic masih lagi aktif dalam pengeluaran telefon pintar memfokuskan permainan mudah alih. Terbaru yang akan dijual di Malaysia adalah RedMagic 9 Pro. Peranti ini bukan sekadar dijana cip Snapdragon 8 Gen 3, tetapi turut dengan cip Red Core R2 Pro. Jika rasa tidak mencukupi, kipas fizikal dan butang sentuhan bahu serta skrin hadapan nirbingkai penuh dengan kamera swafoto tersembunyi pasti memberi pengalaman permua terbaik. Artikel ini adalah berdasarkan penggunaan untuk beberapa jam pertama.
SPESIFIKASI DAN REKAAN
RedMagic 9 Pro | |
---|---|
Skrin | 6.8-inci OLED BOE Q9+, 2480 x 1116, 120Hz, 1600 nits, Netflix SD |
Pemproses | Snapdragon 8 Gen 3 (4nm) Red Core 2 Pro |
Cip | 1x 3.3 GHz Cortex-X4 5x 3.2 GHz Cortex-A720 2x 2.3 GHz Cortex-A520 |
Cip Grafik | Adreno 750 |
RAM | 12/16 GB LPDDR5X |
Muatan Dalaman | 256/512 GB UFS 4.0 |
Kamera Utama | 50 MP, OIS (Sudut Lebar) 50 MP, (Ultra Sudut lebar) 2 MP, (Makro) |
Kamera Depan | 16 Megapixel, UDC 2.0 |
Bateri | 6500 mAh Pengecasan berwayar 80W |
SIM/Telefoni | Dwi SIM Nano /5G |
NFC | Ya |
Infra Merah | Ya |
Kalis Air | Tiada |
Sistem Imbasan | Cap jari bawah skrin |
Harga Jualan | RM3499 12/256 GB RM4399 16/512 GB |
Setiap tahun pasti RedMagic hadir dengan sesuatu yang unik dan berbeza dengan pesaing. RedMagic 9 Pro kali ini hanya menggunakan rekaan lutsinar pada kipas, dengan bahagian belakang diubah menjadi rata sepenuhnya tanpa sebarang bonggol kamera. Rekaan peranti juga berubah daripada ranggi ke semakin minimalis. Contoh di sini adalah lampu RGB yang terhad pada nombor 9 di belakang, butang bahu dan pada kipas sahaja.
Skrin peranti juga antara yang tercantik dan paling seksi kerana tiada bingkai, takuk atau lubang kamera. Agak aneh ia masih tidak menyokong kadar segar semula 144Hz atau 165Hz dann terhad kepada 120Hz sahaja tidak seperti pesaing telefon gaming yang lain. Tetapi untuk pengalaman imersif yang tiada tandingan, inilah skrin Pro sebenar.
Di atas peranti terdapat kekisi speaker, sensor infra merah, lubang mikrofon dan bicu audio 3.5mmm. Sisi kanan hanya ada kekisi untuk haba keluar, di kiri pula ada satu lagi kekisi yang sama, butang laras suara, butang kuasa, suis mod permua, satu lagi lubang mikrofon dan dua butang sentuhan sebagai butang bahu dalam permua. Akhir sekali di bawah turut terdapat satu lagi lubang mikrofon, satu lagi kekisi speaker, slot kad SIM dan juga port USB-C.
PENGGUNAAN – REDMAGIC OS 9, ANDROID 14
Skrin peranti kelihatan cantik dan cukup pantas. Ia menyokong HDR tetapi hanya di YouTube kerana di Netflix ia terhad dengan resolusi SD sahaja. Setakat penggunaan beberapa jam, skrin RedMagic 9 Pro kelihatan terang, mempunyai warna yang baik serta cukup pantas – standard untuk telefon gaming.
Rekaan rata sepenuhnya amat dihargai kerana peranti boleh diletak di atas meja dengan rata tanpa ia terjungkit. Cuma rekaan seperti ini tidak memberi cengkaman yang baik untuk penggunaan jangka masa panjang. Warna Cyclone yang saya uji ini agak licin, jadi kerangka pelindung wajib digunakan. Saya tidak suka akan perkara ini, tetapi daripada jatuh dan pecah lebih baik ada kerangka yang hodoh yang sekadar cepat calar.
Apa yang saya terkejut kali ini adalah perisian yang digunakan. Redmagic OS 9 berasaskan Android 14 ini adalah antara yang paling sempurna RedMagic pernah bangunkan. Banyak elemen Android stok dimasukkan, penggunaan juga mudah untuk saya kerana tidak perlu mencari tetapan penting yang tersembunyi serta ciri kustomasi juga cukup banyak dan menarik.
Antara yang menarik adalah;
- RAM capacity
- Memori maya yang menambah sehingga 12GB di atas 16GB yang sedia digunakan.
- Menggunakan tampalan sekuriti November 2024.
- Biasanya RedMagic menggunakan versi dua-tiga bulan ke belakang.
- Turbo charge dan Charge seperation
- Sistem pengecasan pantas yang mengikut keadaan peranti dan ciri mengecas sambil bermain permua yang tidak menjejaskan kesihatan bateri.
- Cooling fan
- Kipas penyejuk fizikal dengan 59-bilah yang berpusing pada kadar 22,000 RPM.
- SyncMind
- Ciri 5G pinntar, Z-SmartSidebar dan Floating Window untuk produktiviti yang lebih efisien.
- DTS Sound
- Sistem audio DTS untuk ekosistem ZTE.
- Enhanced display mode dan Tiny screen adjustmment
- Menjadikan skrin lebih cantik serta kawalan manual skrin kecil yang melindungi kamera swafoto.
- Light strip
- Kawalan RGB, banyak khusus pada nombor 9 – logo di belakang peranti.
- Goper
- Kawalan aksesori di bawah ekosistem RedMagic.
- Mora
- Watak anime sebagai maskot RedMagic dan pembantu digital pengguna.
PRESTASI DAN PENANDA ARAS – SNAPDRAGON 8 GEN 3 + RED CORE R2 PRO
Memandangkan RedMagic adalah peranti mercu dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, dalam perbandingan prestasi ini akan saya bandingkan bersama iQOO 12 dan juga vivo X100 Pro. Perisian penanda aras adalah AnTuTu 3D, Geekbench 6 dan juga 3DMark dengan Solar Bay serta Wild Life Xtreme.
Ujian ini adalah berdasarkan peranti yang baru sahaja ditetapkan dengan semua aplikasi yang ssaya gunakan sedia terpasang. Saya turut menghidupkan mod permua dan kipas bagi mendapatkan skor paling optimum.
Geekbench 6
- RedMagic 9 Pro – 2153/6775
- iQOO 12 – 2181/6631
- vivo X100 Pro – 2071/5032
Antutu 3D
- RedMagic 9 Pro – 2,114,787
- iQOO 12 – 2,075,821
- vivo X100 Pro – 1,852,552
3D Mark Wildlife Extreme
- RedMagic 9 Pro – 31.33 FPS
- iQOO 12 – 30.22 FPS
- vivo X100 Pro – 24.35 FPS
3D Mark Wildlife Extreme
- RedMagic 9 Pro – 33.10 FPS
- iQOO 12 – 32.43 FPS
- vivo X100 Pro – 26.35 FPS
Turut perlu diingatkan, banyak akaun saya masih belum diselarikan serta aplikasi juga banyak tidak lagi berjalan di latar. Setakat menguji aplikasi penanda aras dan bermain permua Asphalt 9, RedMagic 9 Pro tidak mengalami sebarang masalah pemanasan serta peranti masih beroperasi dengan sangat lancar. Ia mungkin akan berubah di minggu-minggu kemudian. Pemanasan yang jelas berlaku hanyalah ketika pengecasan pantas.
PERBANDINGAN
RedMagic 9 Pro | iQOO 12 | vivo X100 Pro |
6.8-inci OLED BOE Q9+, 2480 x 1116, 120Hz, 1600 nits, Netflix SD | 6.78″ AMOLED, 2800 x 1260, 144Hz, Netflix HDR10+ | 6.78″ AMOLED LTPO, 1260 x 2800, 120Hz, Netflix HDR10+ |
Snapdragon 8 Gen 3 (4nm) 1x 3.3 GHz Cortex-X4 5x 3.2 GHz Cortex-A720 2x 2.3 GHz Cortex-A520 | Snapdragon 8 Gen 3 (4nm) 1x 3.3 GHz Cortex-X4 5x 3.2 GHz Cortex-A720 2x 2.3 GHz Cortex-A520 | Dimensity 9300 (4nm) 1x 3.25 GHz Cortex-X4 3x 2.85 GHz Cortex-X4 4x 2.0 GHz Cortex-A720 |
Adreno 750 | Adreno 750 | Immortalis-G720 MC12 |
12/16 GB LPDDR5X | 16 GB LPDRR5X | 16 GB LPDDR5X |
256/512 GB UFS 4.0 | 512 GB UFS 4.0 | 512GB UFS 4.0 |
Kamera Utama 50 MP, OIS (Sudut Lebar) 8 MP, (Ultra Sudut lebar) 2 MP, (Makro) | Kamera Utama 50MP f/1.76 OIS (Sudut Lebar) 64MP f/2.6 OIS, 3x Zum Optikal (Periskop Telefoto) 50MP f/2.0 (Sudut Ultra Lebar) | Kamera Utama 50MP, 1″ f/1.8, OIS (Sudut Lebar) 50MP f/2.5, 4.3x zum optikal (Telefoto {Periskop) 50MP f/2.0 (Sudut Ultra Lebar) |
Kamera Hadapan 16-Megapixel UDC | Kamera Hadapan 16-Megapixel f/2.5 | Kamera Hadapan 32-Megapixel f/2.0 |
Tiada | IP64 | IP68 |
Ada, 3.5mm | Tiada bicu audio | Tiada bicu audio |
Audio Stereo | Audio Stereo | Audio Stereo |
6500 mAh (Berwayar 80W) | 5000 mAh (Berwayar 120W) | 5400 mAh (Berwayar 100W) |
RM3,499 (12/256 GB) RM4,399 (16/512 GB) | RM3,399 (16/512 GB) | RM4599 (16/512 GB) |
KESIMPULAN
Pada hemat saya jika anda membeli peranti ini pada harga promosi seperti set global RM2949 untuk 12/256 GB, is pasti adalah yang paling berbaloi. Tetapi RedMagic 9 Pro tidak menawarkan kamera yang baik, perisian yang baik tetapi tiada jaminan masa hadapan, speaker yang biasa sahaja serta rekaan yang mungkin tidak menarik perhatian semua orang – amat sukar untuk peranti ini bersaing dengan ROG Phone 8 yang pasti akan lebih baik. Nantikan ulasan penuh di Amanz untuk maklumat lanjut selepas saya menggunakannya untuk beberapa minggu.
PRO
- Rekaan yang unik dengan skrin yang seksi.
- Sistem penyejukan kipas sebenar yang tiada pada pesaing.
- Prestasi dahsyat dengan perisian yang menarik.
- Butang bahu yang bermanfaat dengan butang lain yang sedap ditekan.
- Masih ada bicu audio 3.5mm.
KONTRA
- Perisian tiada jaminan kemas kini.
- Speaker hanya ala kadar.
- Kamera yang tidak setaraf dengan harga jualan.
- Lampu RGB yang semakin berkurangan.
- Harga yang tidak tentu kerana satu dijual oleh ZTE Global dan satu oleh ZTE Malaysia.