Carian
16 Juta Telefon Lipat Dijual Sepanjang 2023
January 2, 2024 Effi Saharudin

Tahun 2023 melihat ledakan jualan telefon lipat di pasaran yang telah tertangguh sejak 2020 akibat pandemik. Menurut laporan Counterpoint, tahun lalu sebanyak 16 juta telefon lipat telah dijual sepanjang 2023 yang merupakan peningkatan berbanding 2022 tetapi masih peratusan kecil berbanding telefon pintar biasa.

Menurut Counterpoint pada waktu ini telefon lipat hanya memegang 1.3% daripada jumlah telefon pintar yang dijual sepanjang 2023. Sungguhpun begitu mereka meramalkan menjelang 2027, lebih 1/3 telefon yang dijual pada harga melebihi $700 adalah telefon lipat. Pada suku lalu Samsung masih mendominasi pasaran ini dengan lebih 73% pegangan dengan Huawei dan Oppo menyusul perlahan dari belakang.

Komen