Cari @ Amanz

Tecno Malaysia kini berkongsi perancangan untuk hadir dengan peranti baharu tidak lama lagi. Melaluinya Tecno Spark 20 Pro akan diumumkan namun tarikh ketersediaan masih menjadi rahsia. Kalau diikutkan ia juga boleh menjadi tambahan baharu untuk Spark 20 sebelum ini.

Setakat ini maklumat terperinci mengenai spesifikasi dalaman peranti ini belum diketahui. Sekiranya sama seperti variasi di Filipina, maka ia boleh dilengkapi skrin IPS LCD sebesar 6.78-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

Ini digabung juga dengan cip Helio G99, memori 8GB RAM dan storan 256GB untuk tunjang utama. Bateri 5000mAh disertakan menyokong pengecasan pantas 33W, di samping turut dimuatkan kamera utama 108MP dan swafoto 32MP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd