Carian
LG Menghasilkan Metal Gear Versi Comel
January 2, 2024 Effi Saharudin

Kepada peminat siri Metal Gear, robot yang boleh memusnahkan bumi yang dicipta oleh Hideo Kojima kini sudah menjadi “realiti”. LG telah memperlihatkan robot AI Agent yang mempunyai ciri yang sama seperti Metal Gear Mk II daripada permainan video Metal Gear Solid 4. Robot ini mempunyai dua kaki beroda yang membolehkan ia berjalan di dalam ruang rumah.

Menurut LG, AI Agent dilengkapi kamera serta sensor suhu, kualiti udara, dan kelembapan udara dengan ia dibina menggunakan platform Qualcomm Robotics RB5. Ia dicipta khusus untuk menjadi penjaga apabila pemilik tiada di rumah. Menerusi aplikasi pemilik boleh melihat menerusi kamera terbina AI Agent. Selain itu ia turut boleh menjadi hab untuk mengawal pelbagai peranti internet benda yang digunakan.

AI Agent dilengkapi kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan ia berinteraksi dengan pemilik serta menyambut tuan rumah di pintu apabila mereka pulang. Maklumat terperinci mengenai AI Agent akan diumumkan apabila di dilancarkan secara rasmi ketika acara CES 2023 beberapa hari sahaja lagi.

Komen