Carian
Siri realme 12 Mungkin Diperkenalkan Esok
January 2, 2024 Fahim Zahar

Laman Facebook realme Malaysia baru-baru ini telah berkongsi poster dengan kod Morse— .- -.- . .. – .-. . .- .-..” yang membawa maksud “Make It Real” berserta tarikh 3 Januari 2024, jam 10 pagi. Mereka dijangka akan mengumumkan sesuatu berkaitan siri realme 12.

realme 12 Pro+ 5G sudah pun melepasi SIRIM, mengesahkan ketibaan peranti ini di pasaran Malaysia. Peranti ini turut menjadi antara peranti realme yang paling dirahsiakan kerana tidak banyak maklumat mengenainya tertiris seperti pesaing dalam kelas yang sama.

Salah satu peranti realme 12 Pro dikatakan akan dijana cip Snapdragon 7 Gen 3 dengan kamera 64MP periskop telefoto. Rekaan tertiris turut mengacah peranti ini mungkin akan menjadi peranti fotografi mercu mampu milik yang akan bersaing dengan peranti mercu. Sama-sama kita nantikan.

Komen