Telegram kini memperkenalkan kemaskini pada aplikasi permesejan mereka, sekaligus membawa sejumlah pembaharuan bersama-sama dengannya.

Salah satu ciri yang diberikan perhatian pada sokongan panggilan suara melalui aplikasi Telegram. Seperti ramai sedia maklum, Telegram sedia menawarkan ciri panggilan suara melalui aplikasi mereka, termasuk membolehkan panggilan video dan juga perkongsian skrin.
Kemaskini baharu ini dikatakan menawarkan kualiti panggilan lebih baik berbanding sebelum ini. Pada masa yang sama, ia juga dikatakan beroperasi dengan lebih baik pada peranti versi lama, serta menjimatkan bateri.
Bergerak ke hadapan, Telegram turut menyatakan akan terus meningkatkan lagi kualiti sambungan dan juga kualiti audio pada 2024 ini.