Cari @ Amanz

LG CineBeam Qube (HU710PB) telah diperkenalkan secara rasmi sebagai projektor mudah alih sesuai kegunaan harian. Penggayaan retro boleh dilihat menerusi tubuhnya yang kompak dan ringan, pasti mudah dibawa kemana-mana.

Ia juga mampu memaparkan imej dengan tahap kecerahan visual 500 ANSI Lumens pada resolusi UHD 4K (3,840 x 2,160) antara 50-120″ dan menyokong HDR10. Diikuti juga sumber cahaya laser RGB yang menjadikan kualiti lebih baik bersama nisbah kontras tinggi 450,000:1 dan gamut warna DCI-P3 100%.

Sebagai tambahan ciri Auto Screen Adjustment juga disertakan yang mampu mengoptimumkan saiz imej secara automatik untuk pengalaman tontonan lebih baik. Dengan LG webOS 6.0, ia menyediakan akses mudah kepada pelbagai perkhidmatan penstriman yang termasuk Netflix dan Disney+.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd