Elon Musk telah membeli Twitter pada tahun lepas pada nilai mencapai $44 bilion. Namun, sejak daripadanya, pelbagai perubahan telah dilakukan pada platform tersebut, sehinggalah penjenamaan semula kepada X.
Terbaru, melalui perkongsian Fidelity, mereka menilaikan saham X telah kehilangan nilai sebanyak 71.5% berbanding ketika harga jualan. Untuk makluman, Fidelity telah melabur sekitar $300 juta ketika pengambil-alihan Twitter oleh Elon Musk sebelum ini. Berdasarkan penilaian persendirian yang dilakukan oleh Fidelity ini, ia sekaligus membawa nilai X pada hari ini sekitar $13 bilion – yang mana merupakan kehilangan yang agak tinggi untuk syarikat teknologi.
Sebelum ini sendiri, beberapa pengiklan telah menarik diri dari mengiklan pada platform tersebut, selain beberapa pencipta kandungan yang telah beralih ke platform terbuka seperti Mastodon dan Bluesky, selain pesaing oleh Meta, iaitu Threads.