Carian
Tecno Spark 20 Pro+ Dilancarkan – Cip Helio G99 Ultimate Dan Kamera 108MP
January 3, 2024 Amy Maizuraa

Tecno Spark 20 Pro+ telah dilancarkan sebagai tambahan baharu untuk siri Spark sedia ada. Ia juga dipasarkan dengan tiga fokus utama yang termasuk skrin 120Hz, kamera 108MP dan memori yang memadai.

Dari aspek rekaan Tecno Spark 20 Pro+ dilengkapi bonggol kamera bulat dengan sistem dwi-kamera. Seterusnya skrin hadapan pula melengkung bersama lubang kecil di tengah untuk kamera swafoto. Saiz bezel keempat-empat sisi juga hampir sama nipis menjadikannya nampak seimbang.

Beralih ke spesifikasi, skrin IPS LCD sebesar 6.78-inci FHD+ dan kadar segar semula 120Hz digunakan. Diikuti juga dengan cip MediaTek Helio G99 Ultimate yang boleh menjadi variasi overclocked daripada Helio G99 sebelum ini. Memori pula sebesar 8GB RAM dan storan 256GB yang menjadi pelengkap tunjang utamanya.

Turut disertakan ialah kamera utama 108MP + AI Lens, swafoto 32MP dan bateri 5000mAh dengan pengecasan 33W. Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari sisi, NFC, port USB-C dan pembesar suara stereo.

Peranti dijangka dipasarkan secara meluas bermula bulan ini di seluruh rantau uatam taemasuk Asia Tenggara. Harga pula akan berbeza mengikut rantau.

Komen