Cari @ Amanz

X atau Twitter sebelum ini sedia memperkenalkan pelan Verified Organization, yang menawarkan tanda calit berwarna emas bersebelahan dengan nama. Namun, ketika pengenalan, pelan yang ditawarkan agak mahal, iaitu berharga RM4500 sebulan.

Kini, sebagai alternatif untuknya, X turut memperkenalkan pelan asas untuk organisasi pada harga RM940 sebulan. Ini sekaligus menjadikan harga ia lebih mesra untuk syarikat kecil yang inginkan tanda calit “emas” pada akaun mereka.

Bersama-sama dengannya juga, X turut memperkenalkan pelan tahunan untuk pelan asas ini, pada harga RM9400 setahun.

Disamping tanda calit emas, ia turut memberikan capaian perkongsian yang lebih luas, sokongan akses ke X Hiring, dan juga sokongan Premium+ yang membolehkan pengguna mengakses kecerdasan buatan Grok.

Bagi organisasi yang berminat, boleh melanggan pelan asas untuk organisasi ini hari ini melalui laman rasmi X.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd