Cari @ Amanz

Illegear memperkenalkan BITBOX yang merupakan sebuah PC gaming bertemakan konsol retro. Diinspirasikan oleh visual ikonik permainan video versi 8-bit, Illegear mahu menampilkan konsep retro dan klasik pada produk baharu yang ditawarkannya ini.

Dengan beberapa pilihan warna kerangka disediakan membolehkan pengguna menyesuaikan PC gaming tersebut ikut cita rasa sendiri. Masing-masing ada tarikan tersendiri seperti Sleek Black dan Pure White yang mampu menyerlahkan gaya komtemporari. Sementara itu Calming Blue pula kelihatan lebih ceria dan segar.

PC gaming ini mempunyai spesifikasi sehingga Intel Core-i9, NVIDIA GeForce RTX 4070Ti, RAM 128GB RGB DDR5 6000MHz, storan PCIe Gen4 NVMe SSD dan sistem operasi Windows 11 Home. Bagi menarik perhatian, Illegear turut menawarkan sokongan jaminan dan teknikal sepanjang hayat ( 3 tahun untuk RAM/SSD Standard).

Bagi yang berminat harga jualan bermula RM4,599 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd