Realme memperkenalkan slogan terbaharunya iaitu Make It Real dalam usaha menjadikannya sebagai jenama telefon mudah alih moden khususnya bagi kelompok pengguna muda. Di samping turut memberi gambaran dengan lebih jelas matlamatnya untuk terus menerajui industri itu.
Slogan baharu itu turut dipertingkatkan dengan konsep rekaan lebih santai yang menggabungkan hitam dan kelabu sebagai warna dominan. Penggunaan tagline ‘Make It Real‘ juga boleh dianggap membawa makna lebih peribadi dan menyeluruh yang bersesuaian dengan komitmen mewujudkan pengalaman pengguna lebih baik.
Persoalan kini timbul tentang apakah produk baharu yang bakal tiba dalam masa terdekat. Ini memandangan Realme India sebelum ini telah mengacah kehadiran peranti baharu sehingga ada yang mengaitkannya dengan siri Realme 12. Lebih mengujakan apabila salah satu daripadanya turut telah ditemui tersenarai di laman SIRIM Malaysia.
- Sumber – Realme Malaysia