Cari @ Amanz

vivo Malaysia hari ini telah melancarkan dua peranti mercu baharu yang memfokuskan fotografi iaitu vivo X100 dan vivo X100 Pro. Kedua-dua peranti ini dijana cip Dimensity 9300, menjalankan Funtouch OS 14, menggunakan sistem kamera Zeiss serta turut menyokong pengecasan pantas dan perlindungan IP68. Adakah ini peranti mercu fotografi pilihan anda?

vivo X100 Pro

Peranti ini hadir dengan skrin AMOLED LTPO bersaiz 6.78″ dengan kadar segar semula 120Hz serta paparan HDR10+. Ia dikatakan menyokong kecerahan mencapai 3000 nits. Untuk cip pemprosesan, Dimensity 9300 dipadankan dengan memori 16GB RAM LPDDR5X + 16GB RAM memori maya dan storan dalaman 512GB UFS 4.0. vivo turut menyertakan cip khas vivo V3 untuk meningkatkan lagi kualiti gambar.

Kamera peranti adalah 50MP 1″ Sony IMX989 + 50MP periskop telefoto 4.3x zum optikal + 50MP sudut ultra lebar dan kamera swafoto 32MP. Sistem Zeiss dikekalkan untuk tujuan potret yang lebih kreatif dan unik. vivo turut membawakan ciri mod malam baharu seperti Astro yang lebih stabil dan Astro Portrait. X100 Pro turut dilengkapi dengan perlindungan IP68, WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan sensor infra merah.

Kapasiti bateri adalah 5400mAh dengan pengecasan pantas vivo FlashCharge 100W. Sokongan pengecasan nirwayar 50W turut disertakan dan peranti menjalankan Funtouch OS 14 berasaskan Android 14. Ini menjadikan vivo X100 Pro antara peranti mercu paling lengkap untuk awal tahun 2024. Sistem audio walaupun tiada port 3.5mm, sokongan audio Hi-Fi dan speakerr stereo diberikan. Di Malaysia vivo hanya membawa masuk satu varian iaitu Startrail Blue atau Asteroid Black dengan storan 16/512 GB.

vivo X100

Ia merupakan model yang mampu milik dalam siri ini. vivo X100 menggunakan banyak spesifikasi yang sama dengan Pro. Seperti skrin, rekaan dan perisian adalah sama. Beza pertama adalah ia tiada pengecasan nirwayar, kedua adalah sensor utama sudut lebar menggunakan 50MP yang bukan 1-inci. Kemudian satu sensor telefoto menggunakan jenis 64MP dengan zum 3x optikal sahaja.

vivo X100 turut menggunakan bateri lebih kecil iaitu 5000mAh tetapi menyokong pengecasan lebih pantas, 120W FlashCharge. Perlindungan IP68 turut diberikan pada peranti ini. Model ini juga terhad dengan satu varian iaitu 16/512 GB.


Di Malaysia, vivo X100 Pro dijual pada harga RM4599 sementara vivo X100 pula pada harga RM3499. Sempena pelancaran peranti ini, vivo Malaysia menawarkan vivo TWS 2e dan vivo Selection Smart Watch bernilai RM568 secara percuma bagi yang membeli vivo X100 Pro.

Sementara yang membeli vivo X100 akan menerima percuma vivo TWS Air bernilai RM179. vivo turut memberikan 1 tahun jaminan tambahan, 180 hari perlindungan skrin, tawaran tukar-beli dengan rebat mencapai RM500 serta pembelian secara ansuran dengan 0% faedah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd