Carian
Tablet Baharu Huawei MatePad Pro 13.2″ Boleh Dipratempah Mulai Hari Ini
January 4, 2024 Amy Maizuraa

Huawei mengesahkan bahawa tablet baharu MatePad Pro 13.2″ akan ke pasaran Malaysia pada 9 Januari 2024. Ini diikuti dengan pengenalan untuk komputer riba Huawei MateBook D16 2024 dan juga fon telinga nirwayar Huawei FreeClip.

Walau bagaimanapun pretempah untuk tablet baharu itu dibuka lebih awal yang bermula hari ini hingga 8 Januari 2024. Ia boleh dibuat dengan meletakkan deposit sebanyak RM50, yang diikuti juga hadiah percuma menarik seperti Huawei FreeBuds Pro 2, Huawei M-Pencil dan Huawei Sound Joy.

Huawei MatePad Pro 13.2″ dipasarkan sebagai tablet berkualiti untuk kegunaan harian khususnya golongan professional. Seperti namanya skrin 13.2″ digunakan dan sejenis OLED berkadar ssegar semula 120Hz. Memori pula sebesar 12GB RAM dan storan sehingga 512GB yang menjadi pelengkap tunjang utama.

Bateri 10,100mAh digunakan menyokong pengecasan pantas 88W. Diikuti juga sokongan kamera utama 13MP + 8MP, kamera swafoto 16MP, enam pembesar suara terbina, empat mikrofon, port USB-C dengan USB 3.1 Gen1, bluetooth 5.2 dan menjalankan HarmonyOS 4.0.

Komen