Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia kini mengemaskini halaman rasmi dan turut menyertakan halaman acah untuk pelancaran siri telefon pintar baharu, iaitu siri Redmi Note 13.

Untuk makluman, siri Redmi Note 13 telah dilancarkan untuk pasaran China pada September 2023 lepas, dan kini ia dilihat sudah sedia untuk pasaran Malaysia. Melaluinya, beberapa model disediakan, termasuk penawaran kamera sehingga 200-megapixel dan juga sokongan kalis air melalui model Redmi Note 13 Pro+.

Buat masa ini, tidak diketahui lagi variasi model yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pelancaran peranti berkenaan dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd