Carian
Siri Poco X6 Dan M6 Pro Memasuki Pasaran Global Pada 11 Januari 2024
January 4, 2024 • Amy Maizuraa

Poco mengesahkan kehadiran dua siri baharu ke pasaran global pada 11 Januari 2024. Melaluinya siri Poco X6 dan Poco M6 Pro akan diperkenalkan, dalam masa sama salah satu ciri utama turut dikongsi bersama.

Sebanyak tiga jenis cip berbeza telah disenaraikan yang mana Dimensity 8300-Ultra digunakan pada Poco X6 Pro. Diikuti juga cip Snapdragon 7s Gen 2 pada Poco X6 dan Helio G99-Ultra pula yang menjana Poco M6 Pro. Makanya soalan kini tertumpu pada butiran spesifikasi lain seperti skrin, bateri dan kamera yang dijangka boleh didedahkan dalam masa terdekat.

Komen