Cari @ Amanz

Acer memulakan tahun baharu 2024 dengan melancarkan empat monitor yang akan memenuhi keperluan peminat gaming dan juga mereka yang mencari untuk keperluan kerja. Kita mulakan dengan monitor Acer Nitro XV272UV3 yang dilengkapi skrin 27″ IPS LCD dengan resolusi WQHD serta kadar segar semula 180Hz. Ia melepasi piawaian 95% DCI-P3 dan menyokong teknologi AMD FreeSync Premium. Nitro XV272UV3 menyasarkan mereka yang inginkan komputer kerja beresolusi tinggi.

Acer Nitro XV272UV3

Seterusnya ialah monitor Acer VT270 Touch Monitor yang menerusi namanya menyokong sentuhan. Skrin 27″ IPS LCD, FHD dengan kadar sedar semula 75Hz. Ia boleh mengesan 10 jari secara serentak. Sudut pandangan pula adalah sehingga 178 darjah. Pada waktu yang sama ia turut dilengkapi sepasang speaker stereo 2W.

Bagi peminat gaming pula dua monitor Acer Nitro XZ2 ditawarkan dengan skrin melengkung 1500R. Dua saiz ditawarkan ialah Acer Nitro XZ322QUS dengan skrin 31.5″ panel VA beresolusi WQHD, kadar segar semula 165Hz, sokongan AMD FreeSync Premium dan melepasi piawaian keterangan VESA DisplayHDR 400. Sepasang speaker stereo 3W melengkapi spesifikasi monitor ini.

Acer Nitro XZ322QUS

Bagi yang inginkan skrin lebih besar, Acer Nitro XZ342CUV3 pula dilengkapi skrin 34″ panel VA dengan resolusi UltraWide QHD, kadar segar semula 180Hz, sokongan AMD FreeSync Premium dan piawaian keterangan VESA DisplayHDR 400. Monitor ini walau bagaimanapun hanya dilengkapi sepasang speaker 2W.

Acer Nitro XZ342CUV3

Kesemua monitor-monitor ini sudahpun boleh dibeli pada harga seperti di bawah.

  • Acer Nitro XV272UV3 – RM 949
  • Acer Nitro XZ322QUS – RM 999
  • Acer Nitro XZ342CUV3 – RM 1499
  • Acer VT270 – RM 1399
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd