Carian
Realme C67 Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM799
January 4, 2024 Amy Maizuraa

Realme C67 dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Harga jualan peranti bermula RM799 (8/128GB) dan RM899 (8/256GB) dengan ketersediaan bermula 6 Januari 2024.

Menariknya untuk mana-mana 30 pembeli terawal akan menerima hadiah percuma bernilai RM247 yang berupa powerbank 10,000mAh, fon telinga nirwayar Techlife P-16 Memory Neckband. Diikuti juga baucar diskaun RM50 disediakan buat 67 lagi pembeli terawal bertuah.

Untuk spesifikasi peranti dilengkapi skrin LCD 6.72″ beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ini digabung pula cip Snapdragon 685, memori 6GB RAM dan storan 256GB sebagai tunjang utama. Diikuti juga dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W, kamera utama 108MP + 2MP dan swafoto 8MP yang melengkapinya.

Komen