Cari @ Amanz

Etherscan, salah satu syarikat rantaian-blok yang berpusat di Malaysia, kini telah mengambil-alih salah satu perkhidmatan data rantaian Solana, iaitu Solscan.io. Pengambil-alihan ini sekaligus terus mengukuhkan kedudukan Etherscan dalam arena rantaian-blok.

Solscan sebelum ini telah ditubuhkan pada 2021 yang lepas, dan diakses lebih 3 juta pengguna setiap bulan. Solscan memfokuskan penawaran data melibatkan rantaian-blok Solana, termasuk informasi transaksi dan metadata lain.

Dengan pengambil-alihan ini, Etherscan akan mengintegrasikan kedua-dua platform untuk mudah diakses antara satu sama lain, disamping mengintegrasikan ciri berguna pada semua penawaran perkhidmatan data rantaian dibawah mereka.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd