Touch n Go eWallet GOremit diumumkan pada Julai tahun lalu dengan ia hanya menyokong 10 negara sahaja. Hari ini pihak Touch n Go eWallet mengumumkan GOremit kini boleh digunakan di lebih 50 negara di awal tahun 2024.

Menerusi GOremit, penghantar boleh memilih untuk memindahkan dana terus ke akaun bank ataupun dompet digital pilihan penerima. GOremit turut menawarkan kadar pertukaran wang asing yang lebih rendah. Pengguna pula boleh mengumpul mata untuk menebus pelbagai penawaran menerusi GOrewards.
Antara dompet digital antarabangsa yang disokong ialah bKash (Bangladesh), GCash (Filipina) dan PayMaya (Filipina). Sementara itu antara 50 negara wang boleh dihantar pula ialah Hong Kong, Jepun, UK, negara EU, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Bangladesh, India, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka.