OnePlus Ace 3 dilancarkan secara rasminya di China pada hari ini. Rekaan masih serupa dengan generasi sebelum yang menggabungkan panel hadapan berlubang dan bonggol kamera bulat di belakang. Pemilihan warnanya juga nampak lebih segar yang memberi kesan premium.

Untuk spesifikasi skrin sejenis AMOLED 3D sebesar 6.78″ FHD+ (2780×1264 piksel)120Hz digunakan. Diikuti juga cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 12GB/16GB LPDDR5X dan storan 256GB/512GB/1TB untuk tunjang utama. Bateri 5,500mAh disertakan menyokong pengecasan 100W. Kemudian kameranya pula terdiri dengan 50MP + 8MP ultra lebar +2MP makro di belakang dan swafoto 16MP.

Peranti dijual di China bermula RMB 2,599 (~RM1,684) (12GB/256GB) hingga RMB 3,499 (~RM2,267) untuk 16GB/1TB. Dalam pada itu ia juga boleh menjadi peranti OnePlus 12R untuk pasaran global kelak.