Cari @ Amanz

Tinggal sekitar dua minggu sahaja lagi sebelum siri Samsung Galaxy S24 dilancarkan secara rasmi. Yang menjadi misteri ialah sama ada di Malaysia model Galaxy S24 dan Galaxy S24+ akan menggunakan cip Exynos 2400 atau Snapdragon 8 Gen 3. Menurut markah penanda aras yang ditemukan di Geekbench 6, prestasi kedua-dua cip ini dilihat hampir setanding.

Exynos 2400 mencatatkan 2193 markah dalam ujian satu teras dan 6895 markah dalam ujian multi teras. Snapdragon 8 Gen 3 pula mencatatkan 2297 markah dalam ujian satu teras dan 7104 markah dalam ujian multi teras. Perbezaan skor yang dicatatkan dalam ujian penanda aras ini adalah sehingga 5% sahaja yang boleh dikatakan tidak begitu besar.

Sungguhpun begitu di Malaysia kita dapat melihat orang ramai lebih menggemari peranti dengan cip Snapdragon. Tahun lalu Snapdragon 8 Gen 2 merajai bukan sahaja kemampuan memproses tetapi juga ketahanan bateri. Dimensity 9300 yang bersaingan dengan Snapdragon 8 Gen 3 kami sedari mempunyai prestasi bateri yang kurang memuaskan seperti yang telah disentuh dalam ulasan Vivo X100 Pro baru-baru ini. Jika prestasi bateri Exynos 2400 adalah setanding Snapdragon 8 Gen 3 mungkin nama Exynos akan akhirnya dapat dibersihkan setelah beberapa tahun terpalit dengan pelbagai isu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd