Cari @ Amanz

Niklaus Emil Wirth saintis perkomputeran yang mencipta tujuh bahasa pengaturcaraan dan mempopularkan Hukum Wirth dilaporkan meninggal dunia pada 1 Januari lalu pada usia 89 tahun. Sepanjang kerjaya beliau, Wirth terlibat dalam pembangunan bahasa pengaturcaraan Euler, PL360, ALGOL, Modula, Modula-2, Oberon, Oberon-2, Oberon-07 dan Pascal.

Selain meninggalkan impak yang besar pada dunia bahasa pengaturcaraan, beliau turut memperkenalkan Hukum Wirth yang mengatakan perisian akan lebih cepat perlahan berbanding perkakasan yang semakin pantas. Beliau menyedari perisian menjadi semakin berat kerana pelbagai ciri yang mungkin tidak begitu diperlukan ditambah sehingga tidak boleh digunakan pada perkakasan sedia ada.

Kerana sumbangan beliau kepada dunia perkomputeran, Wirth menerima Anugerah Turing pada tahun 1984. Sebab kematian beliau tidak diketahui pada waktu artikel ini ditulis.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd