Carian
Dell XPS 13, 14 Dan 16 Diumumkan Dengan Intel Core Ultra Dan RTX 4070
January 5, 2024 Effi Saharudin

Dell mengemaskini keluarga komputer riba XPS mereka dengan tiga model baharu XPS 13, XPS 14 dan XPS16. Dell XPS 13 dilengkapi skrin 13.4″ sehingga 3K OLED, dijana cip sehingga Intel Core Ultra 7, memori sehingga 64GB LDDR5X RAM, storan sehingga 4TB SSD dan bateri 55Whr yang menyokong pengecasan 60W.

Terdapat pada sesentuh seakan Touch Bar untuk pelbagai kekunci fungsi dan kawalan media. Tubuh komputer riba diperbuat daripada bahan aluminium sementara kaca digunakan pada pad sesentuh dan kaca Gorilla pula pada skrin peranti. Ia sahaja agak terhad kerana 2x Thunderbolt 4 USB-C sahaja diberikan. Sistem audio terdiri daripada empat speaker dengan output 8W serta sokongan Dolby Atmos.

Seterusnya ialah Dell XPS 14 dengan skrin 14″ sesentuh sehingga 3.2K OLED, dijana sehingga Intel Core Ultra 7, grafik NVIDIA GeForce RTXTM 4050 6GB, memori sehingga 64GB LDDR5X RAM, storan sehingga 4TB SSD dan bateri 69.5Whr yang menyokong pengecasan 60W. Pilihan I/O ialah 3x Thunderbolt 4 USB-C, pembaca kad mikroSDXC dan bicu audio 3.5mm. Sistem audio terdiri daripada empat speaker dengan output 8W serta sokongan Dolby Atmos.

Akhir sekali Dell XPS 16 hadir dengan skrin 16.3″ sesentuh sehingga 4K OLED, dijana sehingga Intel Core Ultra 9, grafik NVIDIA GeForce RTXTM 4070 8GB, memori sehingga 64GB LDDR5X RAM, storan sehingga 4TB SSD dan bateri 99.5Whr yang menyokong pengecasan 130W. Pilihan I/O ialah 3x Thunderbolt 4 USB-C, pembaca kad mikroSDXC dan bicu audio 3.5mm. Sistem audio terdiri daripada empat speaker dengan output 10W serta sokongan Dolby Atmos.

Harga jualan adalah seperti di bawah tetapi tarikh jualan belum diumumkan

  • Dell XPS 13 – bermula $1,299 (~RM 6037)
  • Dell XPS 14 – bermula $1,699  (~RM7896)
  • Dell XPS 16 – bermula $1,899  (~RM8825)
Komen