Carian
OnePlus Buds 3 Dilancarkan – LHDC 5.0, ANC Dan Bateri 44 Jam
January 5, 2024 Amy Maizuraa

OnePlus Buds 3 turut diumumkan sebentar tadi sebagai tambahan baharu buat fon telinga nirwayar sedia ada. Kemasan berkilat digunakan untuk sebahagian besar fon telinga yang termasuk pod pengecasnya.

Sepasang pemandu audio 10.4mm dengan tiga mikrofon dan pembatalan bunyi aktif (sehingga 49dB) digunakan. Lebih menarik apabila ciri tersebut menyokong mod pintar yang boleh melaras tahap pembatalan bunyi bergantung pada persekitaran.

Selain itu ia juga menyokong output audio LHDC 5.0 Hi-Res bersama teknologi Dynamic Bass. Di samping ciri 3D Surround Space Sound bertujuan bertujuan audio lebih berkualiti. Baterinya boleh bertahan hingga 44 jam dengan pod pengecas dan melepasi pensijilan IP55.

Fon telinga dijual di China pada RMB449 (~RM290) dengan pilihan warna hitam dan biru.

Komen