Honor memeterai perjanjian dengan Nokia untuk perlesenan paten 5G. Pemeteraian perjanjian itu meliputi ciptaan asas kedua-dua pihak dalam teknologi 5G dan selular lain.

Kerjasama dengan Nokia ini juga dikatakan mencerminkan komitmen Honor terhadap inovasi bagi membolehkan infrastruktur pintar dimanfaatkan merentasi pelbagai senario untuk semua orang.
Tambah Nokia pula, ia merupakan perjanjian telefon pintar utama keempat yang telah dimeterai dalam tempoh 12 bulan. Namun begitu syarat-syarat perjanjian kekal rahsia di antara kedua-dua pihak sahaja termasuk nilai bayaran.

Sehingga kini, Nokia memegang lebih 20,000 paten dengan lebih 6000 daripadanya berkaitan dengan teknologi 5G. Untuk rekod bersama juga Nokia telah melanjutkan perjanjian lesen bersama Samsung dan Apple pada tahun 2023 lepas.