Carian
Program CRANE Untuk Pesawat Dikawal Dengan Udara Tekanan Tinggi Kini Ke Fasa Prototaip
January 5, 2024 Effi Saharudin

Tahun lalu DARPA mengumumkan Projek CRANE (Control of Revolutionary Aircraft with Novel Effectors) yang ingin menggantikan permukaan kawalan fizikal pada pesawat dengan sistem udara bertekanan tinggi. Selepas menerima pelbagai cadangan, DARPA menganugerahkan kontrak kepada Aurora Flight Sciences untuk membina prototaip pesawat yang akan menggunakan nama X-65.

Menerusi CRANE, X-65 akan dibina dengan ia dilengkapi sistem kawalan fizikal seperti pesawat konvensional serta kawalan menggunakan udara tekanan tinggi. Ini bagi membolehkan perbezaan prestasi pesawat menggunakan kedua-dua sistem ini dibezakan dalam pelbagai ujian yang bakal dilakukan.

Sistem kawalan udara dengan tekanan udara tinggi dibangunkan kerana ia akan mengurangkan keperluan sistem kawalan fizikal yang perlu diselenggara dan mempunyai isu tidak berfungsi apabila berlaku kerosakan hidraulik. Pada waktu yang sama ia boleh merealisasikan impian membina pesawat dengan sayap nipis yang terbukti dapat mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 50%.

Komen