Carian
Peranti Baharu Realme Akan Dilengkapi Kamera Periskop 200MP
January 5, 2024 Amy Maizuraa

Realme telah mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa ciapan di Twitter. Menerusi entri tersebut jenama itu berkongsi beberapa gambar untuk peranti baharu yang boleh diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam gambar tersebut Realme mengesahkan bahawa telefon baharunya akan menggunakan kamera periskop 200MP. Ia didakwa bukan sensor biasa malah menyokong sistem zoom yang lebih baik. Hasil gambar dikongsi juga menunjukkan ketepatan warna dan tahap kecerahan yang baik.

Walaupun tidak didedahkan secara jelas mengenai model yang dimaksudkan namun ramai yang mengaitkannya dengan siri Realme 12. Salah satu daripadanya juga telah melepasi pensijilan SIRIM pada penghujung Disember yang menandakan boleh memasuki Malaysia.

Komen