Cari @ Amanz

InVision merupakan salah satu perkhidmatan yang digunakan ramai perekabentuk dalam berkolaborasi dan membangunkan rekaan serta prototaip mereka. Walaubagaimanapun, hari ini pihak InVision membuat kejutan dan mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan mereka pada penghujung 2024 ini.

Untuk makluman, pihak InVision sedia menjual produk dinamakan Freehand kepada Miro, dan akan terus boleh digunakan dibawah Miro. Perkhidmatan lain akan ditamatkan pada penghujung 2024 ini.

Bagi pengguna sedia ada, mungkin boleh memilih beberapa alternatif untuk dalam terus membangunkan rekabentuk secara kolaborasi – termasuk antara alternatif popular adalah Figma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd