Carian
MSI
MSI Mengacah Produk Baharu – Mungkin Konsol Permainan Mudah-Alih
January 5, 2024 Amy Maizuraa

MSI memberi bayangan untuk memperkenalkan produk baharu di pentas CES 2024. Namun begitu MSI masih berahsia mengenai produk yang dimaksudkan tetapi ia berpotensi menjadi pengenalan untuk konsol permainan mudah-alih.

Dua lampu yang diperlihatkan di awal video boleh menggambarkan alat kawalan dengan dua tombol analog. Diikuti juga lambang seekor naga yang menjadi logo rasmi MSI dan tagline ‘True Gaming’ yang menghiasi bahagian tertentu produk.

Sungguhpun tidak didedahkan secara jelas mengenai cip pemprosesnya namun komen Intel menerusi ciapan MSI seakan memberi petanda tertentu. Di mana produk tersebut boleh dihasilkan dengan kerjasama kedua-dua pihak.

Komen