Carian
OpenAI Dijangka Memperkenalkan GPT Store Pada Minggu Hadapan
January 5, 2024 Aman

OpenAI pada tahun lepas telah mengumumkan kebolehan orang ramai menghasilkan GPT tersendiri dengan menggunakan teknologi mereka, dan pada masa yang sama menawarkan hasil berkenaan kepada pengguna lain.

Selari dengannya juga, dalam memudahkan penemuan penghasilan orang lain, sebuah ciri diumumkan, iaitu kedai khusus untuk GPT, atau dinamakan GPT Store. GPT Store sepatutnya dilancarkan pada tahun 2023, namun ia mengalami kelewatan disebabkan drama perubahan tampuk pengurusan OpenAI.

Kini, selepas semuanya stabil kembali, OpenAI dilaporkan mungkin memperkenalkan GPT Store seawal minggu hadapan kepada orang ramai. Ini sekaligus akan membuka ruangan ekonomi baharu dalam dunia teknologi, serta mengalakkan lebih ramai menghasilkan GPT masing-masing dengan pelbagai tugasan khusus yang lebih baik.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan GPT Store, dan bagaimana ia bakal mencorak dunia kecerdasan buatan pada 2024 ini.

Komen