Carian
Samsung Bekerjasama Dengan Tesla Untuk SmartThings Energy
January 5, 2024 Fahim Zahar

Tesla bukan sahaja pengeluar kereta elektrik tetapi juga menawarkan beberapa barangan rumah pintar. Seperti kereta elektrik mereka, barangan rumah pintar ini turut boleh dikawal dengan aplikasi Tesla. Terbaru, Samsung telah bekerjasama dengan Tesla untuk SmartThings Energy mereka.

Perkara ini diumumkan sempena acara CES 2024, di mana Samsung ingin mengembangkan lagi ekosistem SmartThings Energy membolehkan pengguna Tesla Powerwall, Solar Inverter, pengecas Wall Connector dan kenderaan elektrik Tesla memantau dan menguruskan status kuasa dan tenaga menerusi aplikasi SmartThings Samsung. Ia boleh diakses menerusi aplikasi televisyen pintar dan peranti pintar Samsung.

Perkara ini dibolehkan dengan Tesla telah memperkenalkan API terbuka mereka tersendiri. Pengguna turut boleh selarikan ciri Storm Watch Tesla ke dalam SmartThings untuk menggunakan AI Energy Mode yang menggunakan janakuasa tenaga yang disimpan sebagai sandaran ketika kecemasan seperti masalah cuaca.

Ketika artikel ini ditulis, ciri Tesla dalam SmartThings Energy hanya boleh digunakan pengguna di negara yang Tesla menawarkan ekosistem tenaga solar mereka ini.

Komen