Carian
Malaysia Antara Negara Terawal Lakukan Ujian Klinikal Rawatan Penyakit Lupus
January 5, 2024 Effi Saharudin

Malaysia adalah salah satu daripada tujuh negara yang dipilih untuk melakukan ujian klinikal ke atas manusia bagi merawat penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE). SLE kemudiannya menyebabkan lupus nephritis (LN) yang menjurus kematian disebabkan oleh kegagalan buah pinggang, jangkitan, kanser dan penyakit kardiovaskular.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Malaysia menjadi negara pertama rantau Asia Pasifik melaksanakan kajian klinikal manusia untuk ubat obinutuzumab yang dibangunkan Roche Pharmaceutical dari Switzerland. Dalam ujian yang dilakukan Roche sebelum ini, obinutuzumab mengurangkan risiko ke atas ginjal yang ingin dielakkan sehingga 60% serta mengurangkan LN sehingga 57% pada pesakit SLE yang mengambilnya.

SLE atau lebih dikenali ramai sebagai Lupus ialah penyakit autoimun tubuh yang menyebabkan sistem pertahanan tubuh menyerang tisu tubuh yang sihat. Sebab penyakit Lupus masih belum diketahui tetapi wanita dewasa adalah sembilan kali ganda lebih berisiko menghidapnya berbanding lelaki di dewasa. Di Malaysia 80% daripada lebih 10,000 pesakit Lupus adalah wanita dalam lingkungan usia 15-50 tahun.

Lupus menyebabkan kematian ke atas 10-15% pesakit tetapi ia boleh dikawal menerusi rawatan serta pengesanan awal. Antara insan terkemuka yang menghidapi penyakit ini ialah Seal, Lady Gaga dan Beethoven.

Komen