Cari @ Amanz

Barisan monitor gaming LG dikemaskini dengan produk baharu. Ia menggunakan skrin OLED sebesar 27-inci yang dibangunkan sendiri syarikat. Sekaligus menjadikannya satu kelebihan yang membolehkan setiap piksel memancarkan cahaya tanpa lampu latar. Resolusi pula QHD dan menyokong kadar segar semula 480Hz yang jelas dan pastinya disasarkan kepada para peminat tegar permainan video.

Ditambah pula teknologi Mikro Lens Array mampu mewujudkan kualiti skrin yang lebih cerah daripada panel sedia ada. Pada masa sama meningkatkan sudut tontonan menjadi lebih luas untuk penyampaian gambar yang tepat pada mana-mana sudut. LG mengesahkan monitor ini akan berada di pentas utama CES 2024, seterusnya memperluaskan dalam beberapa lagi saiz yang termasuk 49″.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd