Kecerdasan buatan berbentuk generatif sedia membantu dalam pelbagai tugasan pada hari ini. Mengikut kajian dan ramalan pihak IDC, penggunaan kecerdasan buatang generatif atau dinamakan GenAI ini dijangka akan lebih meluas dalam tahun-tahun akan datang, sekaligus mampu melakukan sejumlah tugasan asas.
Mengikut perkongsian, menjelang 2027, GenAI dijangka akan membantu sejumlah 30% tugasan asas pemasaran – termasuk melibatkan SEO, pengoptimasian kandungan, pengotpimasian laman web, analisa data pelanggan, dan sejumlah ciri lain.
Menjelang 2028 juga, ia dijangka pelbagai proses analisa pembelian oleh pelanggan boleh dilakukan secara automatik oleh kecerdasan buatan.
Pengguna sendiri dijangka akan menggunakan kecerdasan buatan dalam menemui, menilai dan membeli produk serta perkhidmatan menjelang 2026 kelak.
Kehadiran GenAI sendiri sedia membawa kepada perubahan besar dalam penghasilan kandungan sejak awal 2023 lepas. Dengan kehadiran GPT Store dan sebagainya tidak lama lagi, ia dijangka akan memudahkan sejumlah tugasan lain, sekaligus memakan tugasan asas untuk beberapa industri.