Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan mesej berunsur penipuan berkaitan pengesahan penerimaan bungkusan yang menggunakan nama Ninjavan. Memetik kenyataan dikongsi terdapat mangsa menerima mesej daripada individu yang mendakwa sebagai wakil Ninjavan sebelum diminta memuat turun fail APK mencurigakan untuk mengesahkan bungkusan mereka.

Penipuan itu didapati tersebar dengan tujuan menipu orang ramai justeru harus diabaikan dengan segera dan mengesahkan maklumat dengan sumber yang sah. Sebarang laporan turut boleh dibuat dengan menghubungi saluran perkhidmatan pelanggan rasmi Ninjavan melalui [email protected] atau chatbox rasmi NinjaChat.