Carian
Netflix Mempertimbangkan Beberapa Kaedah Untuk Jana Pendapatan Melalui Netflix Games
January 6, 2024 Aman

Netflix sedia dikenali ramai sebagai penyedia perkhidmatan penstriman video, dan kebelakangan ini mereka turut mempelbagaikan penawaran dengan menambah sejumlah permainan video pada platform mereka.

Puluhan permainan telah ditambah, termasuk Grand Theft Auto, Monument Valley dan sebagainya. Namun, boleh dikatakan tidak ramai pengguna yang memainkan permainan berkenaan – berbanding yang menonton video pada platform tersebut. Kali terakhir kedengaran kurang 1% pengguna Netflix yang mengakses Netflix Games.

Walaupun begitu, pihak Netflix masih meneruskan matlamat mereka dengan Netflix Games. Pada masa yang sama, Netflix juga sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam menambah pendapatan melalui penawaran permainan video berkenaan.

Antara yang diperkatakan adalah termasuk menambah pengiklanan serta pembelian dalam aplikasi. Ia boleh dikatakan perbincangan berkaitan hal ini masih pada peringkat awal – kerana sekiranya perkara berkenaan dilaksanakan, ia mungkin berbeza dengan mantra Netflix yang pada awalnya ingin menawarkan permainan penuh bebas iklan dibawah platform mereka.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut Netflix Games ini, dan bagaimana pihak Netflix akan meramaikan serta menjana pendapatan melalui platform berkenaan.

Komen