Carian
Sony Xperia 5 V Mula Menerima Kemaskini Android 14
January 6, 2024 Amy Maizuraa

Sony memaklumkan bahawa kemaskini Android 14 kini tersedia untuk peranti Xperia 5 V. Penambahan ini sekaligus melengkapkan dua peranti Sony sedia ada iaitu Xperia 10 V dan Xperia 1 V. Seperti diketahui umum jangka masa penerimaan sudah semestinya berbeza mengikut rantau.

Antara pembaharuan disediakan termasuklah fungsi LED FLash bagi tujuan pemberitahuan/penggera, Nearby Share dengan sokongan untuk PC Windows 10, keserasian tambahan dengan aplikasi Find My Device dan pintasan pintas kunci skrin yang boleh disesuaikan. Bagi melihat sama ada peranti sudah boleh memuat turun versi terkini sila ke tetapan peranti hari ini.

Komen