Carian
Maybank Mengumumkan Beberapa Perkhidmatan Akan Tergendala Pada 14 Januari
January 7, 2024 Amy Maizuraa

Maybank memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan akan berlaku pada 14 Januari 2024. Ia berikutan terdapatnya penyelenggaran sistem berjadual akan dilakukan pada hari berkenaan. Hal ini juga menyebabkan perkhidmatan seperti laman Maybank2u (web&aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak boleh diakses sementara diantara jam 3 hingga 6 pagi.

Maybank

Justeru pengguna dinasihatkan untuk melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku dan pihak Maybank memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk maklumat lanjut atau bantuan, pengguna boleh terus menghubungi Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia).

Komen