Cari @ Amanz

Salah satu produk baharu yang dinantikan ramai daripada Apple adalah set kepala realiti-maya mereka, dinamakan Apple Vision Pro. Apple telah memperkenalkan ia secara rasminya pada tahun 2023 lepas, dan menyasarkan jualannya pada awal tahun 2024 ini.

Mengikut laporan Bloomberg, Apple dijangka mencuri perhatian daripada acara CES 2024 yang dijadualkan minggu ini dengan mengumumkan beberapa perkara berkaitan penawaran Apple Vision Pro – dengan sasaran jualan sekitar penghujung Januari atau pada awal Februari kelak.

Apple akan menjual Vision Pro ini secara terhad di beberapa pasaran sahaja untuk peringkat awal. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah produk bernilai RM16,000 ini akan mencuri perhatian ramai, dan mengubah kaedah interaksi ramai.

Mungkinkah Apple Vision Pro akan menjadi sebuah produk berjaya, atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan bagaimanakah produk ini akan memberikan kesan terhadap perkembangan arena realiti-maya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd