Samsung hari ini mengumumkan inisiatif baharu dinamakan “Designed For Samsung Gaming Hub”, sekaligus membolehkan pelbagai pengeluar hadir dengan penawaran serta rekaan aksesori serta produk yang ditujukan kepada pengguna Samsung.

Produk pertama yang diperkenalkan dibawah program ini adalah sebuah alat kawalan permainan yang dioptimasikan untuk Samsung Gaming Hub – sekaligus membolehkan pengguna menggunakannya dalam memainkan permainan di kaca televisyen dengan mudah. Produk pertama ini direkabentuk oleh PDP (Performance Designed Products).
Samsung menyasarkan untuk lebih ramai rakan kerjasama akan menghasilkan produk dibawah inisiatif ini – sekaligus memberikan lebih pilihan dan penawaran kepada para pengguna produk Samsung, terutamanya peminat permainan video.