Carian
Acer Swift X 14 Dilancarkan Dengan Intel Core Ultra Dan RTX 4070
January 8, 2024 Zamir Roslan

Acer Switft X 14 telah diumumkan awal pagi tadi sempena acara CES 2024. Komputer riba ini dilengkapi skrin 14.5″ OLED 2.8K 120Hz, cip sehingga Intel Core Ultra 7, grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070, memori sehingga 32 GB LPDDR5X-640 RAM, dan storan sehingga 1TB PCIe Gen 4 SSD.

Komputer riba ini mempunyai keupayaan menjalankan model AI seperti Stable Diffusion secara terbina kerana penggunaan cip Intel Core Ultra. Disamping itu papan kekunci juga mempunyai butang Copilot terbina seperti yang diumumkan oleh Microsoft minggu lalu. Dari segi I/O pula ia hadir dengan 2xUSB-C Thunderbolt 4, 2x USB-A 3.2, HDMI 2.1, pembaca kad mikro SD, bicu audio dan kunci Kensington.

Ia direka untuk golongan profesional dan oleh itu menggunakan perisian pemandu NVIDIA Studio Drivers yang dipastikan tidak akan mendatangkan sebarang isu pada perisian kerja seperti Photoshop dan Premiere Pro. Selain itu skrin yang digunakan melepasi piawaian 100% warna DCI-P3, Calman dan VESA DisplayHDR TrueBlack 500. Acer Swift X 14 akan mula dijual bulan Februari depan pada harga bermula $1,400 (~RM6505).

Komen