Carian
Acer Swift Go 16 Dan Swift Go 14 Dilancarkan Dengan CPU Intel Core Ultra
January 8, 2024 Amy Maizuraa

Acer Swift Go 16 dan Swift Go 14 dilancarkan sebagai tambahan baharu untuk komputer riba sedia ada. Ia direka untuk golong profesional bagi kerja harian dengan pelbagai fungsi baharu diberikan. Misalnya seperti gabungan CPU Intel Core Ultra 9 dan GPU Intel Arc terbina untuk prestasi dan hayat bateri berpanjangan.

Acer Swift Go 16 dilengkapi skrin OLED 3.2K sebesar 16″ dengan kadar segar semula 120Hz. Sementara itu Acer Swift Go 14 dilengkapi skrin OLED 2.8K sebesar 14″ dengan kadar segar semula 90Hz. Diikuti juga dengan masa tindak balas 2ms, nisbah aspek 16:10, gamut warna DCI-P3 dan 1000000:1 nisbah kontras sebagai tambahan.

Selain itu terdapat juga beberapa fungsi yang mengintegrasikan AI terbina seperti Acer PurifiedView pada kamera web QHD dan Acer PurifiedVoice 2.0 pula dengan tiga mikrofon bersama teknologi pengurangan bunyi. Bateri disediakan pula menyokong pengecasan pantas 100W.

Pengguna juga boleh temui pelbagai port dan sambungan disediakan yang termasuk 2 X USB Type C (Thunderbolt 4 / USB 4), HDMI 2.1, Wi-Fi 77, Bluetooth LE Audio dan pembaca kad mikroSD. Harga jualan ialah USD 799.99 (~RM3,718) untuk Swift Go 16, sementara itu Swift Go 14 pula berharga USD 749.99 (~RM3,485).

Komen