Carian
Acer Mengumumkan Monitor Gaming Predator Baharu Dengan Skrin Mini LED
January 8, 2024 Amy Maizuraa

Acer mengemaskini barisan monitor permainan Predator dengan empat model baharu. Ini termasuklah Predator Z57, Predator X34 V3, Predator X39 dan Predator X34 X yang dibuat khusus untuk kandungan permainan premium.

Acer Predator Z57 merupakan monitor gaming melengkung 57″ beresolusi DUHD (7680×2160 piksel) dan kadar segar semula 120Hz. Pengalaman bertambah baik dengan nisbah aspek 32:9 bersama ciri VESA DisplayHDR 1000 yang boleh memaparkan prestasi warna lebih terang. Diikuti pula sokongan gamut warna DCI-P3 98% yang luas untuk paparan visual lebih realistik.

Sementara itu Predator X34 V3 pula menggunakan skrin melengkung 34-inci yang menyokong resolusi QHD (3440×1440), kadar segar semula 180Hz dan nisbah aspek 21:9. Sama seperti model Predator Z57, fungsi VESA DisplayHDR 1000 dan gamut warna DCI-P3 94% turut disokong oleh monitor ini.

Kedua-duanya juga menampilkan panel MiniLED yang bukan sahaja menyediakan kualiti imej lebih hebat. Bahkan mampu membolehkan pengguna menikmati paparan lebih terang bersama warna hitam yang benar-benar gelap. Diikuti juga pembesar suara sehingga 10W, dua port HDMI 2.1 yang menyokong konsol terkini (PlayStation 5 & XBOX X) dan port DisplayPort 1.4 untuk sambungan lebih pantas.

Untuk Acer Predator X39 dan Predator X34 X, masing-masing dilengkapi skrin melengkung UWQHD (3440×1440) dengan kadar segar semula 240Hz dan masa tindak balas 0.1ms. Selain itu fungsi VESA DisplayHDR True Black 400dan gamut warna DCI-P3 99% turut disokong oleh monitor ini. Pada masa sama juga melepasi pensijilan Eyesafe 2.0 yang berguna untuj kegunaan panjang.

Perlu dimaklumkan bahawa kesemu monitor baharu Acer ini menyokong AMD FreeSync Premium Pro untuk pengalaman permainan lebih lancar bersama latensi rendah. Di samping mempunyai port USB Type-C 90W PD dan dengan suis KVM terbina yang membolehkan pengguna menukar input komputer serkiranya perlu.

Kesemua produk akan dipasarkan bermula Q2 2024 dengan harga jualan berbeza mengikut rantau.

Komen