Cari @ Amanz

Boost hari ini mengumumkan mereka telah menerima kebenaran oleh Bank Negara Malaysia, untuk menjalankan operasi perbankan digital mereka di Malaysia, berkuat-kuasa mulai 15 Januari 2024.

Selari dengan pengumuman tersebut, pihak Boost juga telah menerbitkan sebuah halaman sehenti yang berkongsi lanjut berkenaan perbankan digital berkenaan. Untuk makluman, lesen bank digital Boost ini diterima oleh konsortium yang turut disertai oleh RHB. Dibawah konsortium ini, Boost mempunyai pegangan sebanyak 60%, dan RHB 40%.

Mengikut laman sehenti, nama bank digital berkenaan dilihat akan dijenamakan sebagai Boost Bank. Ujian alpha untuk bank digital ini akan dimulakan secara berfasa melibatkan sejumlah kecil pengguna sebelum diperluaskan.

Tarikh pengenalan rasmi untuk Boost Bank ini masih tidak diumumkan lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd