Cari @ Amanz

Oppo Find X7 Ultra dan Find X7 diumumkan di China sebagai peranti mercu baharu. Fokus utama masih pada prestasi dan sistem kamera lebih baik yang dimuatkan ke dalam binaan tubuh peranti dengan sentuhan malar segar.

Oppo Find X7 Ultra dilengkapi skrin AMOLED LTPO 120Hz sebesar 6.82-inci beresolusi 3168 × 1440 piksel, kemampuan paparan 1.07 billion warna dan kecerahan puncak 4500nits. Ini digabung pula dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, memori 16GB of LPDDR5X RAM dan storan 512GB UFS 4.0 sebagai tunjang utama.

Bateri 5,000mAh digunakan menyokong pengecasan pantas 100W, nirwayar 50W dan berbalik 10W. Kemudian kuad-kamera digunakan dengan sensor bersaiz 1-inci 50MP (Sony LYT-900) + 50MP sudut lebar (Sony LYT-600) + 50MP periskop telefoto (Sony IMX890 dan 50MP periskop telefoto (Sony IMX858) dengan OIS terbina.

Kamera juga menyokong sistem Hasselblad dipertingkatkan bersama teknologi dwi-bingkai segera, dan kelajuan tindak balas pengatup yang meningkat sebanyak 4 kali. Kamera swafoto pula sebesar 32MP, selain peranti juga kalis air IP68.

Oppo Find X7 pula menggunakan skrin AMOLED 120Hz sebesar 6.78-inci beresolusi 2780 × 1264 piksel. Ini digabungkan cip Dimensity 9300, memori 16GB RAM dan storan dalaman 512GB. Bateri 5000mAh juga digunakan dengan pengecasan pantas 100W.

Diikuti pula tri-kamera utama dengan 50MP utama (Sony LYT808) + 50MP ultra-lebar (Samsung S5KJN1) + 64MP telefoto periskop. Kamera juga menyokong sistem Hasselblad dipertingkatkan dengan OIS terbina.. Kamera swafoto pula sebesar 32MP, selain peranti juga kalis air IP65.

Harga jualan penuh peranti adalah seperti di bawah :

  • Oppo Find X7 Ultra – RMB 5,999 (~RM3,895) (12/256GB)
  • Oppo Find X7 Ultra – RMB 6,499 (~RM4,219) (16/256GB)
  • Oppo Find X7 Ultra – RMB 6,999 (~RM4,544) (16/512GB)
  • Oppo Find X7 – RMB 3,999 (~RM2,596) (12/256GB)
  • Oppo Find X7 – RMB 4,299 (~RM2,791) (16/256GB)
  • Oppo Find X7 – RMB 4,599 (~RM3,011) (16/512GB)
  • Oppo Find X7 – RMB 4,999 (~RM3,245) (16GB/1TB)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd